CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 31 December 2009

Happy New Year 2010

Happy New Year 2010 from our family. Selamat tinggal 2009 dan kami di sini mengharapkan semoga tahun 2009 menjadi sempadan untuk kita meneruskan perjalanan hidup ini. Kita ambil pengajaran dari apa yang telah terjadi sepanjang tahun 2009 samada manis atau pahit. Segala hajat yang belum tercapai oleh kita dalam tahun 2009 tidak semestinya kita akan lupakan, teruskanlah sehingga tercapai walaupun kita sudah memasuki tahun baru. Kuatkan azam kita untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Apa yang lebih penting adalah azam kita untuk menjadi seorang insan yang beriman.

Saturday, 26 December 2009

Welcome to the world 2012


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Congratulations to Shimah and Melee for their newly
born hero ( 20 December 2009 )

Thursday, 24 December 2009

Warna Putih yang Anggun

Photo via alvhemmakleri


Ada orang beranggapan bahawa bilik yang berwarna putih adalah membosankan, tetapi jika kita pandai menyesuaikan dengan hiasan yang lain seperti perabot. langsir,lantai dan juga perhiasan tambahan kita akan mendapati bahawa bilik tadi akan bertukar menjadi bilik yang anggun dan menawan. Kita bolehlah menambah 2 atau 3 warna yang lain seperti warna merah.biru, hijau atau sebagainya. Kita akan berpuas hati apabila melihat perubahannya nanti. Ini bergantung kepada kreativiti kita dalam menyesuai padankan dengan perhiasan yang kita ada. Kita lihat beberapa contoh gambar di atas ini.

Wednesday, 23 December 2009

Outing at Pantai Tutong

Last saturday 19 December, we went to Pantai Tutong , It's been a long time we haven't go there. So I suggested to my hubbe to take us there. Boring nothing to do at home... dengan alasan kesihan kanak-kanak berkurung di rumah saja. Bila babah dorang setuju kan bawa outing jadi sibuklah packing baju- baju extra, mana tau kanak-kanak mahu swimming.

Sampai di sana, Hilmi dan Wina terus saja turun ke pantai, masing-masing tah menunjukkan bakat melukis di atas pasir. Salah satu aktiviti yang boleh dibuat semasa di pantai, boleh jimat kertas dan pensel..hehe. Wina melukis kartun princess nya, hilmi melukis lambang kartun Bolt. Haikal in a bad mood cos takut kan pantai terpaksalah babahnya yang menjaga.

My Children's Arts




























Gambar -gambar semasa bermain di Pantai Tutong





















































Wina in her model pose
















Saturday, 19 December 2009

Kelebihan Surah Al- Waqi'ah


Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Friday, 18 December 2009

One of my Favourite blog


Hari ni kan share salah satu blog yang menjadi favourite. Blog Norhayati Berahim penulis novel-novel cinta Malaysia yang terkenal. I found her blog from my sister blog HELLO MOTTO HELLO PEOPLE. Actually i'm not her novel's fan.. my sister saja yang minat. I just like to read her blog, baca yang ringan-ringan saja.It's been a long time I haven't read a novel. 90% of her blog becerita tentang anaknya, but what I like about her blog is that she tried to shows us the reality of live. Banyak pengajaran dan pengetahuan yang dicatatkan dalam blog nya. Kadang-kadang dapat memberi kita kesedaran tentang hari akhirat..macam ustazah kan beceramah...hehe. If you interested to reads her blog just link to HELLO MOTO HELLO PEOPLE blog.

Monday, 14 December 2009

Majlis pertunangan Sukaredy dan Nurul Afani


13 Disember 2009 telah berlangsung majlis pertunangan Uda dengan Nurul. Tahniah kami ucapkan dan semoga sampai ke Jinjang Pelamin...

Perbincangan antara pihak lelaki dengan pihak perempuan

Wina in her make up

Acara menyarungkan cincin kepada bakal menantu

VIP of the day..hehehe


SBH kids were busy helping

Tuesday, 29 September 2009

Wina 5 th Birthday

Happy Birthday Glitter Graphics


Happy Birthday Glitter Graphics

290909

Happy 5 th Birthday To Nur Syazwina

29 haribulan September genaplah umur wina 5 tahun. Sambutan dibuat secara sederhana sahaja di rumah. Walaupun ringkas sahaja tetapi wina masih ceria seperti selalu. Sikapnya yang ' melating' memeriahkan suasana sambutan hari jadinya. Acara dimulakan dengan meniup lilin. Terpakslah 2 ke 3 kali menyalakan lilin coz abangnya suka menyakat wina sampaikan wina inda sempat kan meniup lilin. Hadiah-hadiah dari keluarga juga membuat wina happy sangat, biasalah wina ni, kalau diberi barang reaction nya ter'over' lah happy, cukup dengan suaranya yang nyaring ...orang yang beri hadiah pun happy meliat.

Terima Kasih diucapkan kepada family kerana bertungkus lumus memasak ayam goreng dan menyediakan bahan-bahannya. Terima kasih jua kepada yang telah sudi memberikan hadiah-hadiah kepada birthday girl sampaikan Semua hadiah wina bawa tidur disebelahnya except that bike..thanks mr & mrs Achai..hehehe

Hmmm.. talking about the cake..sorry wina, mama inda sempat kan buat kek princess as promised. Mama sempat buat yang simple ja, and then babah bought another cake from leapple, thanks babah.



Happy Birthday Glitter Graphics

Posted by Picasa
Happy Birthday Glitter Graphics



Wednesday, 23 September 2009

FAMILY PHOTOS DURING HARI RAYA


Free style Photo

Gambar di atas adalah gambar seluruh family. Nampak macam belum ready saja , tapi sebenarnya gambar ni dipanggil free style, buat ulah -ulah sendiri. Apa yang ada diatas tu???



Wina with cousin Syasha

Wina dan Syasha bergaya dengan baju raya.



Haikal and cousin Damia. Haikal look sleepy, missed his nap.

Damia nampak fresh saja, biasalah baru bangun tidur, tapi haikal looked low batt... iatah tu inda mau tidur petang.Nangah Yus suka liat gambar Haikal di atas, katanya haikal nampak cali macam inda semangat kan raya, nampak sedih saja....hehehe.. kenapa Haikal? Dapat jua sudah tu angpau raya...

Gambar Haikal sedang berdiri







Saturday, 12 September 2009

Wina yang Periang





Wina's funny facial expression


Nada aktiviti yang dibuat hari ni, so kan becerita sedikit tentang anak dara kami ani. Wina ni anak babah, pasal apa kami called her like that coz sebelum tidur ia mesti mencari siku babahnya. Digaru-garunya tah siku babahnya sampai tah ia tetidur. Babahnya ani tahan melayan walaupun sampai garit ( calar -balar ) sikunya oleh wina. Habbitnya ani andangnya dari damit sudah. Sebelum tidur mesti ia cium or garu-garu siku , inda kira siku sipa saja. Siku-siku yang menjadi mangsanya .. siku amit, siku nini, siku mamanya and siku babahnya.

Pernah hari tu ia inda mau balik dari rumah nininya, katanya kan tidur di sana, puas sudah mamanya ni memujuk inda jua ia mau balik, so dalam sesi pujuk memujuk ani babahnya lebih expert. Apalagi babahnya pun cakap " kalau wina inda mau balik inda babah bagi siku lagi " Hehehe tarus mau balik eh...

Walaupun belum sekolah tapi wina mudah menangkap dan mengikut apa yang didengar dan dilihatnya melalui astro. Terutama dari kartun-kartun dari cartoon network or Disney channel. Pernah hari tu ia meminta izin tuk buang air besar... memang anak-anak SBH ani selalu meminta izin dulu if kan buang air besar/kecil..hehehe..
" mummy beria ku dulu"
" bah agatah "
Lapas tu wina balik semula
" MUMMY I'LL BE BACK SOON "
what??????

Ada lagi pemandainya.. masa ia ku suruh menjaga Haikal, taulah Haikal ani balum merati banar kan dilarang. Puas wina melarang, keluar tah speakingnya..." Haikal jangan kacau bah!!! DO YOU UNDERSTAND ME"

Yang terbaru dari mulut wina, semasa dalam kereta dalam perjalanan balik dari beli penyungkaian di Pasar Gadong. " I'M EXHAUSTED " ...Aik ?? dari mana wina dapat tu lai,tanyaku rah abangnya. Dari kartun kata abangnya.

Kalau dibawa shopping, winalah yang paling bising n bibiran, suaranya pun boleh didangar dari jauh, mama dan babahnya ani senyum-senyum saja kalau ada orang lain tantang-tantang....hehehe

Birthday Wina will be this 29 september. Awal-awal sudah ia boking minta buatkan kek princess. Mama cuba-cuba saja sayang..... mudah-mudahan tah suksess. InsyAllah mama akan try buat lawa-lawa and yang penting sedap. Tahun ne buat sendiri saja coz birthday yang lepas-lepas sudah made from kedai. Rasa puas kalau buat sendiri....

Sunday, 6 September 2009

Oreo Cheese cake


Puas mencari resepi kek ani di internet dan youtube, dalam banyak-banyak resepi yang dicari so anilah yang berkenan dihati. Sepatutnya last night kan buat kek ani, tapi kekurangan tia cheesenya, jadi I decide membuat hari ani. So tengah hari tadi me minta bawa hubby ke Super Save Gadong untuk membeli bahan-bahan yang kekurangan atu.

Pukul dua lebih, selepas tidurkan Haikal baru tah dapat start menyediakan bahan-bahan yang kan digunakan untuk buat kek ani, membuat kek ani simple saja, tapi membakar dalam oven saja lama, kana tunggu 55 minit baru masak. Lepas atu tunggu lagi 3-4 jam supaya sejuk dalam aisbox, baru tah boleh makan.

Kalau kan cuba-cuba buat dibawah anilah resepinya : )

Oreo Cheese Cake

Bahan-bahan ( 16 hidangan loyang 9" )
  • 1pek biskut oreo
  • 1/3 c butter - cairkan
  • 3pek Phillidilpia cheese cream 8oz setiap satu ( kraft brand )
  • 3/4c gula -nk kurang suka hati
  • 1c sour krim
  • 1tsp vanilla essence
  • 4 biji telur


Cara-caranya :
  1. panaskan oven 350°F . Asingkan sedikit biskut oreo kemudian Hancurkan kesemua baki biskut, buang krimnya.masukkan biskut yang hancur tadi ke dalam butter yg tlah di cairkan tadi. canaikan/tekan dengan kuat pada loyang 9" sehingga padat. so base nih akan jadi lebih kurang dalam 2 inci tebal. ketepikan,
  2. putar krim cheese dan gula, speed medium sehingga sebati. Tambahkan sour krim dan vanilla, kacau sebati. tambahkan telur, satu per satu dengan speed perlahan. putar sampai sebati saja. biskut yang dah di asing kan awal tadi kita repis-repis dan tabur kat dalam adunan cheese. gaul dengan spatula dengan perlahan. kita tak mau biskut tuh hancur. Tuang kedalam loyang berisi base oreo tadi.
  3. bakar selama 55 minit atau sehingga set. jika perlu elakkan permukaan kek jadi kuning, dengan lapik aluminium foil kat atas kek pada 15 -20 min terakhir. bila dah siap sejukan dulu atas jaring dawai.
  4. lepas tu sejukkan lagi kat dalam peti selama paling kurang 2jam. tapi seeloknya 4 jam.


Fresh from the oven


Final Product

Supaya lebih sedap bolehlah ditambah strawberi jem di atasnya

Selamat Mencuba and Happy Baking!!!! :)

Monday, 24 August 2009

Hilmi Puasa and my cuppycup cake


Ahaa.. ani tah rupa orang second time puasa. Mudahan tah sampai kali ani. First time puasa sampai pukul 12 t.hari saja so this is his second try.I took this picture semasa Hilmi tidur petang. Kana paksa tidur supaya tahan puasa. Tadi balik dari sekolah kana tapaukan nasi tia sudah oleh nininya. Biasalah nininya atu pengasihan sedikit, takutnya inda tebawai puasa. Tapi babahnya suruh cuba dulu..biasalah cucu kesayangan nininya.

Tadi pukul 11.15 pagi bawa Haikal Appointment untuk injection, tapi inda pulang jadi coz ia kedapatan selesema so paksalah jumpa doktor cek flunya atu.Jadinya paksalah membuat appointment baru untuk injection 'mmr' nya2.




YUP!!! This is my new hobby, baking cakes.Sorry gambarnya blur saja. Baru jua belajar buat cup cakes ani kira ' newbie ' masih. My Kids berabut memilih design yang dorang suka. Apalagi my girl atu iski banar tia meliat yang ada warna pink semua kan dipajaknya. FUN ! FUN! We love cupcakes...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails