Puas mencari resepi kek ani di internet dan youtube, dalam banyak-banyak resepi yang dicari so anilah yang berkenan dihati. Sepatutnya last night kan buat kek ani, tapi kekurangan tia cheesenya, jadi I decide membuat hari ani. So tengah hari tadi me minta bawa hubby ke Super Save Gadong untuk membeli bahan-bahan yang kekurangan atu.
Pukul dua lebih, selepas tidurkan Haikal baru tah dapat start menyediakan bahan-bahan yang kan digunakan untuk buat kek ani, membuat kek ani simple saja, tapi membakar dalam oven saja lama, kana tunggu 55 minit baru masak. Lepas atu tunggu lagi 3-4 jam supaya sejuk dalam aisbox, baru tah boleh makan.
Kalau kan cuba-cuba buat dibawah anilah resepinya : )
Oreo Cheese Cake
Bahan-bahan ( 16 hidangan loyang 9" )
- 1pek biskut oreo
- 1/3 c butter - cairkan
- 3pek Phillidilpia cheese cream 8oz setiap satu ( kraft brand )
- 3/4c gula -nk kurang suka hati
- 1c sour krim
- 1tsp vanilla essence
- 4 biji telur
Cara-caranya :
- panaskan oven 350°F . Asingkan sedikit biskut oreo kemudian Hancurkan kesemua baki biskut, buang krimnya.masukkan biskut yang hancur tadi ke dalam butter yg tlah di cairkan tadi. canaikan/tekan dengan kuat pada loyang 9" sehingga padat. so base nih akan jadi lebih kurang dalam 2 inci tebal. ketepikan,
- putar krim cheese dan gula, speed medium sehingga sebati. Tambahkan sour krim dan vanilla, kacau sebati. tambahkan telur, satu per satu dengan speed perlahan. putar sampai sebati saja. biskut yang dah di asing kan awal tadi kita repis-repis dan tabur kat dalam adunan cheese. gaul dengan spatula dengan perlahan. kita tak mau biskut tuh hancur. Tuang kedalam loyang berisi base oreo tadi.
- bakar selama 55 minit atau sehingga set. jika perlu elakkan permukaan kek jadi kuning, dengan lapik aluminium foil kat atas kek pada 15 -20 min terakhir. bila dah siap sejukan dulu atas jaring dawai.
- lepas tu sejukkan lagi kat dalam peti selama paling kurang 2jam. tapi seeloknya 4 jam.
Final Product
Supaya lebih sedap bolehlah ditambah strawberi jem di atasnya
Selamat Mencuba and Happy Baking!!!! :)


