CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 31 July 2009

Hilmi's 7th B'day



Birthday celebration ( Hilmi and Nini Tutong - Pg. Azizah ) at Rizqun The Mall Gadong sponsored by Uncle Echa, Tq sooo much!!





Happy birthday to our wonderful son HILMI, semoga menjadi anak yang beriman Amin and to Lovely NINI TUTONG semoga panjang umur dan murah rezeki Amin..

Special Thanks for the present giver:-
- Nini Manis
- Nini Haji
- Babu Achi
- Nangah Yus
- Amit

Tuesday, 28 July 2009

Haikal Demam Panas


Alhamdulillah...baru tah dapat mengupdate blog ani.Sibuk dengan family terutama menjaga Haikal yang demam panas. Haikal start demam malam sabtu, esoknya baru tah kami bawa ke klinik private, doktor bagi Panadol saja. Panas badan Haikal turun naik, lepas makan ubat panas badannya turun tapi lapas empat jam paksa bagi makan ubat lagi . Hari Minggu sama jua macam atu, so maminya ani pun beuri takut penyakit semacam atu, jadi malam hari minggu atu kami bawa tah ia ke Ripas.

Terpaksalah nurse masukan ubat dari bawah supaya capat panasnya turun. Doktor cek panasnya tinggi 39.2 jadi kana suruh berehat rah emergency,nya doktor kalau panasnya inda turun dalam masa 20 minit kana tahan,kalau turun boleh balik.

So...kami pun lap2lah badanya pakai tuala basah supaya inda kana tahan. Alhamdulilah baik jua turun...Ubat yang diberi Panadol and antibiotic.

Hari isnin, lepas balik keraja , kami bawa Haikal berubat kampung di rumah bekas bilal di kampung. Lapas menawar nawari ia pun becerita " ketaguran anak mu ani, kambang buluku tadi " dibaginya tah air untuk dimandikan dan jua diminum.

Kesian Haikal... dulu semasa ia baru lahir kana kuning jua, sampai sebulan baru tah baik, dua kali betahan di Ripas.Berubat kampung rah nini,katanya kana angin jua...

Dulu inda pulang pecaya pasal barang2 atu, tapi sudah tekana rah diri baru tah mula faham pasal kehidupan barang2 atu. Masih lagi dalam ingatan semasa Wina masih baby,kesian wina empat bulan berusaha dan berubat kampung barutah barang atu lari dari mengacau ia...samua atu dugaan Tuhan, ada hikmah disebaliknya..

Wednesday, 15 July 2009

SELAMAT HARI KEPUTERAAN YANG KE 63


DIRGAHAYU

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA

SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADIN WADDAULAH,

SULTAN DAN DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM

HAMBA DULI TUAN PATIK SEKELIAN MENYEMBAHKAN

SEMBAH KESYUKURAN SEMPENA HARI PUJA USIA KE 63

KEBAWAH DULI TUAN PATIK DAN SEMOGA

KEBAWAH DULI TUAN PATIK KEKAL KARAR MEMERINTAH

NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


Sunday, 12 July 2009

Before and After

Gambar-gambar di bawah ani adalah gambar sebelum dan sesudah di edit. Adalah perubahan sedikit... Muka yang gelap boleh jadi putih..macam pakai fair n lovely kata my sis. Bukan lagi pakai fair n lovely tu sis...pakai clorox kali 2.

Baru cuba-cuba belajar mengedit-edit ni. Rasanya balum lagi ' Pro' banar. Ani pakai Picasa3 saja kami mengedit. Photoshop balum lagi expert. Iatah kan belajar sikit-sikit. Belajar sendiri-sendiri saja, lama-lama karang pandai jua tu.

Bah saksikan tia saja di bawah ani...




BEFORE


AFTER




BEFORE



AFTER



BEFORE


AFTER





BEFORE



AFTER

Saturday, 11 July 2009

Masakan Daddy... Nyaman kaliah...


Malam tadi daddy dorang jadi chef lagi, masak simple saja Masak Ayam Rempah Lima. Walaupun simple tapi nyaman jua lah hingga menjilat jari. Wina yang selalu awal tinggalkan meja makan tapi semalam winalah yang terakhir habis makan.



Haha inilah rahsianya......kalau nak lebih sedap,tambahlah lobak merah or tomato..ani kira masak simple ja..

Wednesday, 8 July 2009

Anak Nakal Ujian Allah SWT




PUNCANYA kecil saja, tetapi amuk si kecil berlarutan apabila permintaannya tidak ditunaikan. Selepas puas menangis, meronta dan menjerit, si kecil mula membaling barang yang ada di sekelilingnya.

Pujukan si ibu tidak diendahkan. Geram ‘tunjuk perasaannya’ tidak dipedulikan oleh ibu, si kecil kemudian menggigit dan menarik rambut ibunya berulang kali. Hilang sabar dengan kerenah anak, akhirnya si ibu memukul si comel.

Situasi itu mungkin pernah dialami kebanyakan ibu atau bapa. Anak kecil membuat kerenah dan ‘tidak makan pujuk’, misalnya mahukan perhiasan kaca atau benda tajam sebagai permainan, mengamuk kerana perkara remeh seperti marah dengan usikan si abang, kemahuan untuk membeli mainan mahal tidak dipenuhi atau tidak mahu makanan yang terhidang tetapi minta makanan yang tiada.

Berdepan anak yang banyak kerenah kadangkala membuatkan ibu bapa kurang sabar.

Apapun, kerenah anak adalah ujian Allah. Ia menguji kesabaran dan keimanan manusia kepada Allah.

Firman Allah SWT dalam surah al-Anfal ayat 28 bermaksud: ”Dan ketahuilah bahawasanya harta kekayaan dan anak kamu adalah cubaan hidup dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang amat besar.”

Panel pendakwah dan pendidik, Wan Akashah Wan Abdul Hamid, berkata Allah sengaja menguji keimanan kita untuk melihat sama ada kita semakin bersyukur apabila dikurniakan zuriat atau semakin jauh daripada-Nya.

Segala ujian itu tidak terlepas daripada dua perkara, iaitu sebagai penghapus dosa atau peningkatan darjat.

“Apapun sebab kita diuji dengan kerenah anak, Allah bukan bertujuan menyeksa kehidupan kita, tetapi ini tanda kasih sayang-Nya. Sebelum ibu bapa memilih kaedah paling sesuai mendidik atau mengajar anak, mereka perlu pastikan tiga perkara iaitu mengenal pasti jenis kenakalannya, tahap nakal serta membezakan kesilapan dan kesalahan anak.

“Ibu bapa perlu faham jenis atau kategori kenakalan anak kerana pemahaman perkara ini penting supaya mereka dapat menangani masalah anak dengan betul dan berkesan.

“Selain itu, tahap kenakalan anak berbeza mengikut peringkat umur, jantina, kecerdasan akal fikiran, pengaruh rakan dan persekitaran, didikan, suasana keluarga dan taraf ekonomi sesebuah keluarga. Yang pasti, kenakalan anak yang usianya lebih besar adalah lebih serius berbanding anak kecil.

“Anak tidak sepatutnya dihukum kerana melakukan kesilapan, tetapi memadai dengan dinasihati supaya dia lebih berhati-hati pada masa akan datang.

“Contoh kesilapan ialah anak tidak sengaja memecahkan tingkap ketika bermain bola, manakala kesalahan pula adalah perbuatan yang tidak betul dan disengajakan. Ia terbahagi dua iaitu kesalahan besar dan kecil,” katanya.

Wan Akashah berkata, kesalahan besar ialah yang jelas melanggar syariat atau undang-undang dan boleh mendatangkan mudarat kepada dirinya dan orang lain. Contohnya anak sengaja bercakap bohong, tidak solat atau memukul rakan.

Kesalahan kecil pula biasanya tidak jelas melanggar syariat dan tidak membahayakan, tetapi mungkin melanggar peraturan manusia. Contohnya suka menconteng dinding atau tidak mahu buat kerja sekolah.

Sebagai manusia biasa, ada kalanya kerenah anak membuatkan ibu bapa hilang sabar. Selain asuhan baik, doa adalah kaedah penting yang mesti diamalkan ibu bapa dalam mendidik anak.

“Ada doa di dalam al-Quran untuk melembutkan hati anak supaya dengar cakap dan mudah mengerjakan solat. Antara doa yang perlu diamalkan ialah surah Toha ayat 1-5, surah al-Syura ayat 19 dan surah al-Hasyri ayat 21. Doa ini boleh diamalkan dengan meniup pada ubun rambut anak atau ditiup ke dalam air,” katanya.

Menurutnya, antara pendekatan lain yang boleh diambil dalam menangani kerenah anak ialah:

- Bersikap adil dalam semua perkara.

- Konsisten dalam tindakan menangani masalah.

- Jalin hubungan baik dengan anak.

- Jadikan diri sendiri sebagai contoh.

- Berlembut walaupun tegas.

- Tunjukkan kemesraan dan kasih sayang.

- Tunjukkan penghargaan pada anak.

- Jangan bezakan kasih sayang terhadapnya.

- Sesuaikan tindakan dengan watak.

- Kurangkan pengaruh negatif.

- Tunjukkan minat mendalam dalam menangani masalahnya.

- Beri peluang untuk anak meluahkan perasaannya.

- Adakan usrah keluarga.

- Jangan mengungkit kelemahannya.

- Dapatkan kerjasama keluarga.

Bagi masalah anak yang banyak menangis dan memberontak apabila kehendaknya tidak dipenuhi, ibu bapa perlu mengajar serta melatih anak menahan emosi. Ibu bapa perlu cipta suasana yang dapat menjauhkan anak daripada emosional seperti menangis.

Amaran atau gertakan seperti jika menangis lagi, permintaannya tidak dipenuhi boleh dikatakan kepada anak terbabit. Misalnya: “Jangan menangis lagi. Kalau menangis lagi, ibu tak mahu penuhi permintaan Haikal.”

Menurutnya, apabila berdepan kerenah anak nakal, antara kebiasaan ibu bapa ialah memukulnya sama ada menggunakan rotan, tangan atau tali pinggang sebagai hukuman.

“Tidak dinafikan cara itu sangat memberi kesan terhadap anak. Apapun, perlu diingat, memukul anak lebih banyak memberi kesan negatif jika salah caranya. Anak yang besar atau remaja tidak sesuai dihukum cara itu kerana menimbulkan emosi buruk, berdendam, trauma atau membentuk peribadi kasar,” kata Wan Akashah.

Menurutnya, terlalu kerap memukul juga membuatkan anak menjadi lali dan sakit dipukul tidak lagi memberi erti kepadanya. Anak hanya berkelakuan baik sementara di depan ibu bapa kerana tidak mahu dipukul tetapi apabila di luar pengawasan ibu bapa, mereka menjadi lebih liar.

Katanya, memukul anak nakal mesti kena caranya. Pada zaman dulu, rotan digunakan untuk mengajar anak iaitu selepas amaran tidak diendahkan, anak itu dirotan. Selepas dirotan, anak itu dinasihati supaya tak mengulangi kesilapan.





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails