CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, 31 December 2009

Happy New Year 2010

Happy New Year 2010 from our family. Selamat tinggal 2009 dan kami di sini mengharapkan semoga tahun 2009 menjadi sempadan untuk kita meneruskan perjalanan hidup ini. Kita ambil pengajaran dari apa yang telah terjadi sepanjang tahun 2009 samada manis atau pahit. Segala hajat yang belum tercapai oleh kita dalam tahun 2009 tidak semestinya kita akan lupakan, teruskanlah sehingga tercapai walaupun kita sudah memasuki tahun baru. Kuatkan azam kita untuk menempuhi hari-hari yang mendatang. Apa yang lebih penting adalah azam kita untuk menjadi seorang insan yang beriman.

Saturday, 26 December 2009

Welcome to the world 2012


ImageChef.com - Custom comment codes for MySpace, Hi5, Friendster and more

Congratulations to Shimah and Melee for their newly
born hero ( 20 December 2009 )

Thursday, 24 December 2009

Warna Putih yang Anggun

Photo via alvhemmakleri


Ada orang beranggapan bahawa bilik yang berwarna putih adalah membosankan, tetapi jika kita pandai menyesuaikan dengan hiasan yang lain seperti perabot. langsir,lantai dan juga perhiasan tambahan kita akan mendapati bahawa bilik tadi akan bertukar menjadi bilik yang anggun dan menawan. Kita bolehlah menambah 2 atau 3 warna yang lain seperti warna merah.biru, hijau atau sebagainya. Kita akan berpuas hati apabila melihat perubahannya nanti. Ini bergantung kepada kreativiti kita dalam menyesuai padankan dengan perhiasan yang kita ada. Kita lihat beberapa contoh gambar di atas ini.

Wednesday, 23 December 2009

Outing at Pantai Tutong

Last saturday 19 December, we went to Pantai Tutong , It's been a long time we haven't go there. So I suggested to my hubbe to take us there. Boring nothing to do at home... dengan alasan kesihan kanak-kanak berkurung di rumah saja. Bila babah dorang setuju kan bawa outing jadi sibuklah packing baju- baju extra, mana tau kanak-kanak mahu swimming.

Sampai di sana, Hilmi dan Wina terus saja turun ke pantai, masing-masing tah menunjukkan bakat melukis di atas pasir. Salah satu aktiviti yang boleh dibuat semasa di pantai, boleh jimat kertas dan pensel..hehe. Wina melukis kartun princess nya, hilmi melukis lambang kartun Bolt. Haikal in a bad mood cos takut kan pantai terpaksalah babahnya yang menjaga.

My Children's Arts




























Gambar -gambar semasa bermain di Pantai Tutong





















































Wina in her model pose
















Saturday, 19 December 2009

Kelebihan Surah Al- Waqi'ah


Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat. Di dalam surah Al-Waqi’ah ini menerangkan tentang hari kiamat, balasan yang diterima oleh orang-orang mukmin dan orang-orang kafir. Diterangkan pula penciptaan manusia, tumbuh-tumbuhan, dan api, sebagai bukti kekuasaan Allah dan adanya hari berbangkit.

Di dalam surah Al-Waqi’ah terkandung beberapa khasiat, antara lain:

  • Bila orang membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali, maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya.
  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.
  • Jika di baca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis (sekali duduk), insyaAllah di tunaikan segala hajatnya khususnya yang berkaitan dengan rezeki.
  • Supaya menjadi orang yang kaya sentiasa bersyukur, amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat Isya’. InsyaAllah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan di jadikan seorang yang hartawan lagi dermawan.
  • Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.
  • Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.

Menurut As’Syeikh Abi’l Abbas katanya

  • Bila hendak mengamalkan surah Al-Waqi’ah ini, terlebih dahulu berpuasa selama 7 hari, di mulai pada hari Jumaat berakhir pada hari Khamis. Puasanya “tidak memakan sesuatu yang bernyawa / tidak makan ikan, daging, segala haiwan, hanya makan sayur-sayuran sahaja.
  • Dalam 7 hari itu, sesudah solat fardhu, membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 25 kali. Apabila bacaan tersebut di mulai setelah solat fardhu Subuh pada hari Jumaat pertama, maka diakhirilah pembacaan Al-Waqi’ah itu pada setelah fardhu Isya’ pada Jumaat berikutnya.
  • Pada malam Jumaat terakhir ini hendaklah membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 125 kali kemudian selawat 1000 kali.

Insya’Allah, dengan mengamalkan seperti berikut, ia akan menjadi orang kaya.

Friday, 18 December 2009

One of my Favourite blog


Hari ni kan share salah satu blog yang menjadi favourite. Blog Norhayati Berahim penulis novel-novel cinta Malaysia yang terkenal. I found her blog from my sister blog HELLO MOTTO HELLO PEOPLE. Actually i'm not her novel's fan.. my sister saja yang minat. I just like to read her blog, baca yang ringan-ringan saja.It's been a long time I haven't read a novel. 90% of her blog becerita tentang anaknya, but what I like about her blog is that she tried to shows us the reality of live. Banyak pengajaran dan pengetahuan yang dicatatkan dalam blog nya. Kadang-kadang dapat memberi kita kesedaran tentang hari akhirat..macam ustazah kan beceramah...hehe. If you interested to reads her blog just link to HELLO MOTO HELLO PEOPLE blog.

Monday, 14 December 2009

Majlis pertunangan Sukaredy dan Nurul Afani


13 Disember 2009 telah berlangsung majlis pertunangan Uda dengan Nurul. Tahniah kami ucapkan dan semoga sampai ke Jinjang Pelamin...

Perbincangan antara pihak lelaki dengan pihak perempuan

Wina in her make up

Acara menyarungkan cincin kepada bakal menantu

VIP of the day..hehehe


SBH kids were busy helping


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails