CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 21 April 2010

HAPPY 9th ANNIVERSARY TO US

20 APRIL 2001

HAPPY 9th ANNIVERSARY TO US

SEMOGA TUHAN MEMBERKATI KEHIDUPAN KAMI SEKELUARGA..AMIN..

Fun with MICROSOFTS PAINT

Just to shows our creations with Paint. It was fun drawing with paint.

Mine... lovely garden isn't it...



This is mine also..nice view...


....and this was drawn by my creative son Hilmi..an active volcano


and finally..wina's masterpiece

Saturday, 17 April 2010

MARI MAIN MASAK-MASAK

Hari Jumaat yang lepas ada Majlis membaca doa selamat untuk anak buah tersayang Syasya kerana telah sembuh dari demam. Acara dibuat secara kecil-kecilan sahaja. Hanya perkumpulan adik-beradik serta anak-anak buah sahaja.

Biasalah bila kanak-kanak ni berjumpa-jumpa, sama-samalah menunjukkan permainan yang ada.Seronok jua, selepas acara makan-makan, melihat pula aksi anak-anak bermain masak-masak.Hilmi dan Haikal pun join main masak-masak walaupun selalunya girls saja yang punya mainan. Bila Hilmi ditegur...katanya...babah masak jua...

Bila terkenangkan zaman kanak-kanak dahulu, mahu rasanya balik ke zaman tu, banyak pengalaman yang telah terkumpul dan tidak rugi untuk dikenang balik.Mempunyai sifat yang lasak dan suka cabaran adalah sikap ku semasa kecil...panjat pokok, main berperang dengan sepupu-sepupu lelaki...dan jua pernah seekor lintah melilit di jari semasa bermain semasa banjir di depan rumah...main jual-beli barang dengan menggunakan wang dari daun...dan banyak lagi yang pernah dilalui. Sungguh seronok sekali bila diimbas kembali nostalgia itu. Sungguh mahal kenangan itu. Kini Winalah yang telah mewarisi sedikit sebanyak sifat lasak yang ku miliki dulu.

Kadang-kadang bila memikirkan kenangan-kenangan itu, terasa kesihan juga pada anak-anak yang belum merasa semua itu. Memang berbeza sekali cara permainan anak-anak dahulu dan sekarang. Alhamdulilah Hilmi sudah merasai keadaan banjir yang sebenarnya semasa babahnya membawa berjalan kaki sepanjang 5 kilometer meredah banjir di Kampong Tanjong Maya untuk sampai ke rumah neneknya di Kampong Penapar. Kalau dikirakan,memanglah kesihan, tetapi pengalaman itulah yang amat berharga buat dirinya.

Kembali kita pada acara masak-memasak tadi. Yang penting sekali kita sediakan bahan-bahannya seperti gambar di bawah ini:


Sebakul makanan laut dan alatan seperti cawan plastik

Acara masak memasak, Haikal memeriksa makanan di dalam oven


Ikan yang sedang digrill dan dioven...kesian ikan cute tu..





My Little Chefs



Sunday, 11 April 2010

Hilmi with his Projects



Alhamdulilah ...Kedua-dua projek Hilmi telah pun selesai, Uhuhu... penat sungguh, ingatkan senang nak buat projek sekolah ni, walaupun nampak senang ja tapi banyak jua kerja kan dibuat terutama membuat model kapalterbang... ambil masa berhari-hari kan menyiapkan..sementara model masjid....emmm macam masjidkah??? ambil masa 4 jam saja siapkan.....80% dibuat oleh mamanya ani, 10% by babah and 10% by Hilmi... Kira projek mama dia lah ni.....hahaha...

Tak sanggup rasanya nak beri projek-projek ni pada murid sendiri... kerana dah tahu macam mana struggle nak buat ...kesihan ibu bapa mereka.. tapi apa boleh buat sudah menjadi kewajipan dalam pelajaran terutama dalam SPN 21 ni.

Anyway Good Luck Hilmi with your projects, Hopefully ...semoga cikgu-cikgu mu suka dengan hasil yang ditunjukkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails