Hari ini bawa anak-anak pergi ke perpustakaan Sengkurong.Aktiviti ini hanyalah untuk mengisi masa lapang anak-anak semasa cuti sekolah ini. Perpustakaan ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dan hari kelepasan awam. Dibuka setiap pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Banyak kemudahan yang diberikan di sana selain dari membaca dan meminjam buku seperti kemudahan internet, membuat rujukan dan juga kemudahan fotokopi.
Setelah puas membaca Hilmi dan Wina meminjam 5 buah buku setiap seorang.Harap-harap nanti tidak terlewat memulangkan buku yang dipinjam.

Bangunan depan Perpustakaan Sengkurong

Salah satu sudut bacaan.

Hilmi dan Wina sedang khyusuk membaca.


Ruang untuk mencatat buku yang telah dibaca. Ini adalah idea ku sendiri untuk memudahkan anak-anak supaya dapat mengumpul dan mencatatkan berapa banyak buku yang dibaca dalam setahun. Bagi siapa yang paling banyak membaca buku akan diberikan hadiah nanti.

Buku- buku yang dipinjam oleh Wina.

Buku yang dipinjam oleh Hilmi, lima buah semuanya.