TANGGUNGJAWAB IBUBAPA TERHADAP ANAK
Anak ialah amanah atau pertaruhan yang Allah amanahkan kepada kita supaya kita menjaga dan memelihara mereka baik mengikut landasan Islam. Ibubapa mesti bertanggungjawab bukan saja di dunia bahkan di akhirat sewaktu berhadapan dengan Allah kelak. Dalam rangka memelihara amanah Allah itu, ibubapa adalah diwajibkan berusaha dengan bersungguh-sungguh melaksanakan didikan agama. Tegasnya mendidik anak beragama itu adalah wajib hukumnya (bukan setakat pendidikan untuk UPSR, PMR atau SPM), Sebaaliknya ibubapa yang melalalikan tugas amanah ini adalah berdosa.
Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu pastikan anak-anakmu
belajar agama dan hendaklah kamu baguskan akhlaknya." Setiap anak yang
dilahirkan itu bersih fitrahnya. Adalah menjadi tugas ibubapa untuk mencorakkan
kehidupan anak-anak seterusnya sama ada untuk menjadikannya baik atau
sebaliknya. Sabda Nabi saw:
"Semua anak yang dilahirkan ke dunia ini dalam
keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan
ibubapalah menjadikan mereka yahudi, nasrani atau
majusi."
keadaan yang suci bersih. Maka kesalahan
ibubapalah menjadikan mereka yahudi, nasrani atau
majusi."
Hadith tersebut menunjukkan kepada kita betapa beratnya
tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anaknya. Kesalahan kita mendidiklah maka
anak-anak sekarang menjadi tak keruan hidupnya dengan pelbagai masalah
sosial seperti bohsia, bohjan dan aktiviti lepak yang semakin menjadi. Sungguh
malang seribu kali malang, sudahlah ibubapa tidak memberi didikan agama kepada
mereka, ibu bapa sendiri tidak berpengetahuan agama dan paling dahsyat lagi,
mereka asyik mengumpul dan terpengaruh dengan pujukan dunia. Menjadi korporat
adalah satu lagi keparat (maaf - bukan semua). Oleh kerana hendakkan kemewahan
yang berlipat ganda terabai tugas sebagai bapa dan suami. Anak maharajalela dan
isteri pula main kayu tiga.
Berapa banyak hari ini anak-anak yang tidak tahu membaca Al-Quran.
Tidak tahu sembahyang bahkan Fatihah pun tak boleh baca, jauh sekali dari
menghafalnya. Masya'Allah ada yang tak tahu menyebut syahadah walaupun dah
baligh. Inikah wawasan kita membangunkan kemanusiaan anak-anak.
Akibatnya kebanyakan anak-anak hari ini terdiri daripada mereka
yang hanya pandai berpoya-poya, pandai menyakitkan hati dan meracuni jiwa serta
menderhakai kepada orang-orang tuanya. Akhirnya bila sampai tahap, mereka akan
menjadi anak yang liar. Ibu bapa seolah-olah memelihara anak-anak haiwan sama
seperti anak rimau, kucing atau ayam. Betapa tidak haiwan tak sembahyang
samalah seperti anak-anak itu. Bahkan haiwan lebih baik sebab tidak diberikan
akal. Ketika ini baru ibubapa mengeluh bukan menyalahkan dirinya tetapi
salahkan anak-anak dan paling teruk menyalahkan orang lain. Sebenarnya semua
ini berpunca daripada ibubapa yang tidak mengambil berat tentang didikan agama
terhadap anak-anak.
Ibubapa mesti mengambil berat tentang soal pemakanan anak-anak.
Bukan diperhatikan tentang khasiat vitamin makanan itu saja tetapi pastikan
kehalalannya. Adakah ia dari sumber yang halal atau haram. Ini penting kerana
mengikut Nabi 'daging yang tumbuh dari sumber yang haram, maka neraka lebih
utama untuknya'. Sekarang ini perkara seperti ini jarang diberikan penekanan
tambahan pula amalan ekonomi yang berasaskan perbankan non-Islamik. Bagaimana
diharapkan amalan soleh jika pemakanan tidak lagi soleh. Makanan yang baik
membuahkan amalan baik (soleh), manakalan makanan yang tidak baik menghasilkan
amalan yang tidak baik juga (tholeh).
Satu kisah pada zaman Nabi, seorang sahabat yang berjemaah bersama
nabi kerap keluar dari jemaah awal sebelum sempat berdoa. Nabi bertanyakan
kenapa balik tergesa sebelum berdoa. Sahabat itu menerangkan dia mempunyai anak
kecil yang ibunya baru meninggal dunia. Dia takut anaknya mengambil dan memakan
buah tamar jiran yang gugur di halaman rumahnya dan ditakuti akan menjadi darah
dagingnya. Sahabat itu menjelaskan daging yang disuburkan dari benda yang haram
itu tidak layak masuk syurga. Mendengarkan penjelasan itu, Nabi terdiam dan
tidak berkata apa-apa, hanya memperhatikannya sahaja dia pulang ke rumah.
Begitulah orang dahulu mengambil berat soal pemakanan anaknya.
Sebaliknya kita bagaimana? Adakah kita bertanya dari mana buah jambu itu
diambil?
Didikan seterusnya yang mesti dilakukan oleh ibu bapa ialah
sembahyang. Nabi saw pernah bersabda:
"Perintahkan anak-anakmu mengerjakan sembahyang bila
dia berumur 7 tahun dan pukullah dia bilamana tidak mahu
mengerjakan sembahyang semasa berusia 10 tahun dan
pisahkan dari tempat tidur."
dia berumur 7 tahun dan pukullah dia bilamana tidak mahu
mengerjakan sembahyang semasa berusia 10 tahun dan
pisahkan dari tempat tidur."
Hadith ini adalah merupakan seruan wajib sembahyang. Kanak-kanak
itu belum lagi wajib bersembahyang tetapi yang wajib ialah bapa menyuruhnya
bersembahyang. Anak itu belum wajib kerana dia belum cukup umur (baligh). Jika
bapa tak beratkan dia bersembahyang ketika ini, agak sukar kanak-kanak itu
bersembahyang apabila baligh. Budaya solat mesti dimulakan sejak 7 tahun lagi.
Soal baligh ini pada pedapat sekarang berbeza. Ada berpendapat
selepas bersara baru nak solat. Maksudnya bila pencen (55 tahun) baru masuk
umur baligh. Paling sedih ada yang tidak baligh sampai ke mati sebab tak solat.
Nabi Muhammad saw menyuruh (mewajibkan) kita pukul anak berumur 10
tahun yang tidak mahu sembahyang. Tetapi adakah kita pukul? Kita mungkin pukul
kalau tak buat kerja sekolah atau tak lulus periksa. Jarang kedengaran pukul
kerana tak mendirikan sembahyang. Manakan nak pukul anak tak bersembahyang
sedangkan ibubapa sendiri tak bersembahyang. Takkan ketam nak ajar anaknya
berjalan betul. Ibuabapa dewasa ini tidak bimbang anak-anak walaupun perempuan
tak balik hingga larut malam tetapi yang dibimbangkan agaknya kalau anak-anak
ayamnya belum pulang waktu senja.
Pendidikan juga bukan bermula apabila lahir anak. Bahkan semasa
dalam kandungan ibu sudah mula proses tarbiyah. Sebab itu ibu-ibu mengandung
perlu pastikan apa yang dia makan, apa yang dia buat dan apa yang dia baca.
Sifat ibu akan diwarisi oleh anak. Kalau suka menyanyi atau menonton TV, anak
yang lahir kelak akan menurut apa acuan yang dibentuk. Ramaikah ibu-ibu membaca
Al-Quran semasa mengandungkan anaknya? Sedih melihat wanita masa ini asyik
keluar masuk kilang saja hatta hingga larut malam masih lagi di kilang. Haiwan
pun tidur waktu malam, kita manusia masih bertungkul lumus di kilang. Ajaran
siapa ini? Allah peruntukkan masa siang untuk cari rezeki, masa malam untuk
rehat. Kita siang malam sama saja mencari rezeki. Orang alim dulu siang bekerja
malam beribadat. Kita siang kerja malam kerja. Bila ibadat? ... Sorry, no time
...Bukan lelaki saja bahkan perempuan lebih ramai kerja shift malam. Manakan
suami tak jadi liar? Habis semua disapu kadang-kadang anak sendiri jadi mangsa
bila lihat isterinya tak ada. Nak salahkan siapa? Apabila terlalu pentingkan
kebendaan duniawi beginilah akibatnya. Kemanisan beribadat tidak akan tercapai
bagi mereka yang mengejar keduniaan. Kalau 90% usaha dicurahkan untuk dunia
berapa peratus agaknya untuk akhirat. Kalau 10% ada juga tapi bila dah teruk
kerja badan dah letih sudah tentu 0% untuk ibadat. Al-Quran ada menjelaskan
'Kaum lelaki adalah penjaga kaum wanita." Sekarang nak jaga apa? Asyik
kerja siang malam. Anak isteri masing-masing punya pasal. Kau nak buat apa
terpulang.. asalkan mewah hidup.
Perasaan kasih sayang sudah luput dari ibubapa. Ibubapa dewasa ini
kebanyakannya sudah tidak menyayangi anak-anak lagi. Buktinya mereka tidak
ambil pusing hal-hal keagamaan mereka. Ada yang sanggup membiarkan anak-anak
terjun ke dalam api neraka. Anak kera pun kesihan melihat anaknya ditembak
pemburu.
Pernah seorang sahabat Nabi hairan tercengang melihat Nabi mencium
pipi cucunya lantas bertanya kenapa Nabi kenapa begitu. Dia bertanya kerana dia
sendiri tidak pernah melayan anak atau cucu dengan mesra begitu. Nabi lantas
menasihatkannya supaya mencurahkan kasihsayang kepada kanak-kanak.
Dalam satu hadith lain, Nabi Muhammad bersabda "Memandang muka
anak-anak dengan rasa syukur akan rahmat Allah itu sama seperti melihat muka
nabinya." Begitu besar pahala ibubapa memuliakan anak-anak. Oleh itu kita
hendaklah memelihara mereka dengan baik kerana menurut Nabi mengajar satu adab
yang baik kepada mereka adalah lebih baik daripada memberi sedekah satu cupak
makanan setiap hari.
InsyaAllah ganjaran pahala yang banyak akan diberikan kepada
ibubapa yang baik terhadap keluarganya. Oleh itu hendaklah kita sedar benar-benar
bahawa kita akan menemui Allah (mati). Apatah lagi umur kita kian sehari kian
bertambah. Apabila bertambah umur kita bererti bertambah hampir pula kita
dengan alam barzakh (kubur) atau bertambah hampir kita akan menemui Allah. Kita
semua akan kembali kepada Allah yang menjadikan kita. Allah akan bertanyakan
apa amalan kita semasa di dunia ini. Apa yang kita bawa untuk dipersembahkan
kepada Allah? Adakah harta benda yang kita cari selama ini, pagi petang, siang
malam, bertungkus lumus macam lipas kudung, tak pernah renggang dengan telefon
bimbit, melonggokkan harta, menambahkan saham hingga lupa pada saham akhirat
dan lupa kepada Allah yang memberikan kita harta itu. Dapatkah harta yang
banyak itu menebus dosa-dosa yang kita buat di dunia ini?
Atau adakah pangkat dan bintang yang berjela-jela dibawa untuk
dipersembahkan kepada Allah? Dengan pangkat, kedudukan dan darjat terasa
seolah-olah kita sudah jadi orang besar dan terasa bongkak dengan Allah.
Dengan orang miskin dipandang hina. Dengan ulama dipandang leceh. Adakah
pangkat dan darjat dapat menebus dosa yang dilakukan di dunia ini. Dapatkan ia
menyelamatkan dari api neraka? Semua ini tidak laku di akhirat.
Memelihara anak dengan baik adalah ibadat tetapi bagaimana pula
jika disebabkan terlalu sayangkan anak hingga tak sempat sembahyang Maghrib
adakah ibadat juga? Adakah anak itu akan menolong semasa berhadapan dengan
Allah kelak? Tidak.
Yang menyelamatkan kita pada hari yang tidak bermanfaat harta dan
anak pinak ialah jiwa yang suci lagi tenteram. Hati yang suci hanya kepunyaan
orang beriman. Orang kafir, fasik dan munafik tidak tenteram hatinya. Orang
beriman itu apa tandanya? Mereka yang beribadat ikhlas kerana Allah. Ikhlas
mainkan peranan penting kerana menurut hadith "Semua manusia rugi kecuali
orang berilmu. Semua orang berilmu rugi kecuali beramal. Semua orang beramal
rugi kecuali yang ikhlas."
Oleh itu perlu mencari keikhlasan dalam ibadat. Caranya dengan
menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid di samping kita berdoa kepada Allah
supaya kita dilimpah dengan kurnia, taufiq dan hidayah Allah. Bukan mudah
mendapat anugerah Allah. Untuk mendapatkan anugerah dan kurnia sultan pun
terpaksa lobi-melobi betapa untuk kurniaan Allah.
Sebelum kita dimatikan oleh Allah, maka janganlah kita sia-siakan
hidup dan umur kita ini dengan perkara-perkara yang melalai dan merugikan.
Ingatlah 1000 tahun di dunia hanya dikira 1 hari di akhirat. Allah mencabar dan
mengingatkan kita dalam firmanNya:
"Adakah kamu anggap, bahawa Kami jadikan kamu dengan percuma
(sia-sia) sedangkan kamu akan kembali kepada Aku?" -
(Al-Mukminun:115)
(Al-Mukminun:115)
Ayat di atas adalah sebagai ingatan Allah kepada kita yang suka
membuang masa dengan sia-sia. Allah menegaskan lagi dalam Al-Quran dengan
firmanNya: "Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka
menyembah dan beribadat kepadaKu."
Adakah kita kira kita tidak mati atau lambat lagi akan mati? Ingat
Firman Allah "Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mengejar kamu,
meskipun kamu di dalam benteng yang kukuh lagi tinggi." - (An-Nisa':78)
Ingatlah kehidupan dunia ini tidak lain hanya kesenangan yang
menipu daya. Dulu muda sekarang tua. Dulu cantik sekarang kedut. Dulu sihat
sekarang sakit. Dulu ada gigi sekarang rongak. Dulu berambut hitam sekarang
beruban. Dulu tampan sekarang bongkok. Dulu ramai kawan sekarang sendirian.
Dulu ada pangkat sekarang pencen. Dulu mewah sekarang muflis.
Ingatlah segala harta benda dan anak pinak tidak akan mengiring
kita masuk ke dalam kubur. Mereka hanya iringi hingga ke liang kubur saja.
Selepas itu mereka semua balik ke rumah dan enjoy semula. Kita di dalam kubur
bersendirian, disemadikan seorang diri di pusara yang senyap sunyi, tinggal di
kubur dan tidak akan kembali lagi ke rumah besar kita.
Hanya satu saja yang paling setia mengikut kita dan menemani kita
di sana. Itulah pekerjaan dan amalan kita yang ikhlas. Mereka menjadi kawan
baik kita. Selepas itu apa lagi yang bersama-sama kita di kubur. Sabda Nabi:
"Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala
amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah (sedekah
berkekalan), ilmu yang dimanfaatkan dan anaknya yang
soleh yang mendoakan."
amalannya kecuali 3 perkara: sedekah jariah (sedekah
berkekalan), ilmu yang dimanfaatkan dan anaknya yang
soleh yang mendoakan."
Yang dikatakan sedekah jariah ialah amalan sedekah yang pahalanya
sampai menemuinya walaupun sudah meninggal 500 tahun umpamanya seperti membina
masjid, surau, membina rumah anak yatim dsb. Mengikut setakat mana keikhlasan
kita. Ada juga amalan jariah yang tidak dibalas dengan pahala tetapi dosa,
contohnya mendirikan dewan tarian, mendirikan panggungwayang dan pentas hiburan
semua dosa orang yang mengunjungi tempat itu akan dihantar kepada simati
walaupun telah 600 tahun misalnya.
Termasuk dalam kategori ilmu yang dimanfaatkan ialah seperti
menulis kitab yang memberikan kesedaran kepada orang dan buku itu digunakan
zaman berzaman. Selagi kitab itu digunakan dan faedahnya tersebar luas, pahala
akan terus mengalir kepadanya. Begitu juga siri ceramah dan tazkirah seperti
homepage. Doakanlah saya mudahan homepage tazkirah ini termasuk dalam ilmu yang
dimanfaatkan. Jika sepeninggalan saya nanti, homepage ini terus dibaca orang,
insyallah akan diperolehi pahalanya. Ini bergantung kepada keikhlasan tanpa
niat ria'. Sama-samalah berdoa semoga kita ikhlas.
Anak soleh yang mendoakan. Sekarang ini anak bernama Saleh tapi
amalan tak soleh. Ada juga orang kafir dipanggil Mad Saleh, kenapa agaknya
dipanggil Saleh? seolah menghina istilah 'soleh'. Anak yang beribadat,
bersembahyang dan mendoakan kita, pahalanya juga akan sampai kepada kita
lantaran didikan dan asuhan kita dulu. Ibarat pokok yang kering apabila disiram
air akan segar semula. Begitulah kita di alam kubur nanti, apabila menerima
pahala anak-anak kita kembali segar. Begitulah mustajabnya anak yang soleh
mendoakan kedua ibubapanya.
Menurut hadith orang yang mati seolah-olah dalam keadaan lemas.
Sahabat Nabi bertanya bagaimana untuk menolong mereka dari lemas. Nabi
menerangkan hadiahkan Fatihah kepada simati supaya ia tidak lemas dan mampu
untuk timbul.
Ramai beranggapan anak yang soleh ialah anak-anak bergaji besar,
berkereta besar, berumah besar, bercakap besar dan berpangkat besar. Semua ini
tidak menjamin kesolehannya selagi tidak mempunyai iman kepada Allah dan
berbakti kepada ibu dan bapanya.
Akhir sekali didiklah anak-anak kita dari sekarang sebelum
terlambat supaya menjadi anak yang soleh. Sebelum peringkat itu, mula-mula
kenalah jadikan kita dulu anak yang soleh, anak yang suka mendoakan kedua ibu
bapanya.
Sekian, wassalam.




























