
Kesihan Hilmi terpaksa dikejarkan ke hospital pada tengah malam sebab panas badannya tidak turun-turun. Setelah membuat pemeriksaan Hilmi didapati kekurangan Oxygen, jadi terpaksalah memakai alat yang di atas. Ubat yang diberi ialah ubat membuang panas, antibiotik dan juga ubat batok selesma. Harap-harap selepas ni turunlah panasnya.Besoknya pun panas Hilmi belum turun-turun lagi.Kurang berpuas hati dengan rawatan dari hospital, dibawa lagi ke klinik Swasta yang terletak di Tanjung Bunut, Alhamdullilah penerangan dan rawatan yang diberi memberi harapan agar Hilmi cepat sembuh.Syukur Alhamdulillah, berkat doa serta usaha, kesihatan Hilmi semakin kambali pulih.


0 comments:
Post a Comment